CNN+ Akan Ditamatkan Pada Penghujung April ini – Hanya Selepas Sebulan Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CNN+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman baharu yang telah diperkenalkan dengan fokus terhadap kandungan berbentuk berita, dan kandungan berinformasi. Apa pun, selepas dilancarkan hanya sekitar sebulan, kini ia diumumkan CNN+ akan ditamatkan pada 30 April 2022 ini.

Para pelanggan yang sedia melanggan akan menerima pulangan wang kembali untuk baki langganan mereka.

Langkah penamatan ini diambil oleh pengurusan baharu. CNN turut menekankan yang mana pada pasaran penstriman kompleks kini, pelanggan inginkan sesuatu yang mudah, dan menyertakan semua dalam satu perkhidmatan. Ini sekaligus memberikan cabaran dalam CNN+ beroperasi.

Buat masa ini, kandungan sedia ada di CNN+ akan dapat terus diakses sehingga 30 April ini, sebelum perkhidmatan berkenaan ditamatkan. Ia tidak diketahui lagi dimanakah kandungan berkenaan akan diterbitkan selepas ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami