Cari @ Amanz

Semua Saluran Unifi TV Boleh Ditonton Percuma Pelanggan Unifi Home Dari 30 April Ke 8 Mei 2022

Oleh Aman

Link Copied!

Bersempena dengan pengumuman penyertaan Disney+ Hotstar ke perkhidmatan Unifi TV, kini pihak Unifi turut menyambutnya dan mengumumkan semua saluran Unifi TV boleh ditonton percuma oleh pelanggan Unifi Home bermula 30 April sehingga 8 Mei 2022 kelak.

Perkongsian ini hadir selari dengan penambahan 5 saluran baharu dibawah Unifi TV bermula 1 Mei – membawa kepada penawaran sejumlah 74 saluran melalui perkhidmatan televisyen berkenaan.

5 saluran baharu yang ditambah adalah beIN SPORTS 1, beIN SPORTS 3, CCTV-4, CGTN serta saluran baharu milik Unifi sendiri, DEGUP.

Bagi anda yang menggunakan Unifi Home, boleh mengakses kesemua saluran secara percuma pada tempoh berkenaan – yang mana juga merupakan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.


Komen ()