Carian
Pelanggan Astro Boleh Menstrim Disney+ Hotstar Menerusi Ultra Box Bermula 28 April
April 22, 2022 Effi Saharudin

Berita baik bagi pelanggan Astro kerana akhirnya kandungan Disney+ Hotstar akan boleh distrim secara terus menerusi kotak TV Ultra Box bermula 28 April hadapan. Ciri yang sudah lama dinantikan ini tiba selepas sebelum ini Astro hanya menawarkan penstriman Netflix sahaja pada kotak TV Ultra Box dan Ulti Box.

Pada waktu ini pelanggan Movie Pack dengan Ultra Box sahaja akan dapat menggunakan ciri ini dengan ia akan turut diberikan kepada pelanggan Ulti Box dalam masa terdekat. Ini adalah satu lagi penawaran ciri yang dinikmati pelanggan berkas Disney+ Hotstar yang ditawarkan oleh Astro sejak tahun lalu. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej serta terma dan syarat sila ke laman rasmi Astro.

Komen