Apple Akan Memindahkan Pengeluaran Peranti Prototaip Keluar Dari China

Diterbitkan pada Apr 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak memindahkan majoriti pengeluaran peranti mereka ke China, Apple turut mengeluarkan peranti prototaip di dua fasiliti yang terletak di Beijing dan Shenzen. Tetapi menurut Ming-Chi Kuo, Apple kini akan mula memindahkan pengeluaran prototaip keluar dari China.

Ini dilakukan selepas pelbagai isu yang timbul semasa pandemik. Pengeluaran terganggu menyebabkan prototaip tidak dapat dihasilkan sebelum peranti sebenar tiba ke tangan pengguna. Shenzen yang merupakan pusat pengeluaran peranti elektronik dunia telah ditutup sejak lebih tiga minggu lalu sebagai langkah pencegahan penyebaran Covid-19 Di China.

Dengan Apple telah mula mengeluarkan peranti di lokasi seperti India, negara tersebut mungkin akan menjadi lokasi pilihan.

komen


© Amanz / 2022 Kami