Cari @ Amanz

Poco Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Pertama Pada 26 April

Oleh Aman

Link Copied!

Poco sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar baharu mereka pada minggu hadapan, dan bersama dengannya, kini dilihat Poco akan memperkenalkan beberapa produk peranti berhubung mereka.

Salah satu yang bakal diperkenalkan adalah jam tangan pintar berjenama Poco.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan jam tangan pintar berkenaan masih tidak diketahui. Gambar acah yang tertiris memperlihatkan ia akan menawarkan rekaan muka jam empat segi bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan jam tangan Poco pada minggu hadapan.


Komen ()