TrueCaller Akan Membuang Ciri Rakaman Panggilan Suara

Diterbitkan pada Apr 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lepas, kita telah mendengar akan berkenaan Google yang akan mula menghalang aplikasi rakaman panggilan telefon di Google Play Store bermula 11 Mei kelak. Selari dengannya, beberapa aplikasi telah mula mengambil langkah alternatif untuknya.

Salah satunya adalah Truecaller. Ia sedia terkenal dengan penawaran ciri kenal pasti pemanggil, selain beberapa ciri lain. Salah satunya adalah kebolehan rakaman panggilan suara.

Dengan perubahan terma Google, kini TrueCaller turut berkongsi mereka akan membuang ciri rakaman panggilan suara pada aplikasi mereka.

Apa pun, bagi peranti yang hadir dengan ciri rakaman secara terbina, mungkin tiada sebarang perubahan yang berlaku.

Google sebelum ini mengambil langkah untuk menghalang aplikasi yang menggunakan ciri API Google Accessibility – yang mungkin turut membawa kepada serangan perisian hasad dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami