WhatsApp kini telah mula memperkenalkan ciri panggilan suara sehingga 32 orang pada sesuatu masa melalui WhatsApp Groups. Ciri ini telah diumumkan beberapa minggu lepas, dan kini ia mula diperkenalkan kepada pengguna Android dan juga iOS.

Bersama-sama pengenalan ini juga ia membawakan paparan antaramuka panggilan suara baharu, memudahkan anda untuk melihat siapa yang bercakap melalui pergerakkan paparan gelombang.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, sudah boleh menguji ciri panggilan berkumpulan sehingga 32 orang ini pada peranti anda hari ini.