Adakah era baharu Twitter akan bermula hari ini. Menurut laporan Bloomberg, Twitter kini dalam perbincangan akhir untuk dibeli oleh konsortium yang diketuai oleh bilionwan terkemuka Elon Musk. Sekiranya perbincangan berjalan lancaran, pengumuman jualan akan dilakukan hari ini.

Elon Musk mengemukakan minat untuk membeli Twitter hanya beberapa minggu yang lalu selepas secara mengejut menjadi pemegang saham terbesar syarikat. Sebelum hasrat pembelian diumumkan, beliau telah menolak tawaran Twitter untuk menjadi ahli lembaga syarikat.
Bilionwan pemegang syarikat Tesla dan SpaceX ini berkata beliau mempunyai beberapa ide untuk meningkatkan nilai saham syarikat. Antara idea yang diketengahkan ialah memastikan semua pelanggan Twitter Blue diberikan calit pengesahan identiti dan memberikan kebebasan suara lebih besar.