Carian
Samsung Melabur Ke Dalam DoubleMe Yang Menghasilkan Panggilan Hologram 3D Untuk Metamesta
April 26, 2022 Effi Saharudin

Adakah metamesta akan berjaya atau sekadar menjadi teknologi yang dilupakan seperti 3D? Samsung Electronics tidak mahu ketinggalan kerana mereka adalah antara pelabur yang menyumbang $25 juta ke dalam syarikat tunas rintis DoubleMe yang menghasilkan hologram 3D untuk kegunaan dalam dunia metamesta.

Selain Samsung,  Coentry Investment dan NH Investment turut menjadi pelabur. DoubleMe yang ditubuhkan pada tahun 2016 di Korea Selatan mempunyai teknologi yang menjadikan panggilan hologram 3D seakan Star Wars realiti. Kemampuan mengubah video 2D menjadi 3D juga boleh dilakukan menerusi teknologi DoubleMe.

DoubleMe melancarkan platform metamesta mereka TwinWorld tahun lalu dengan teknologi AR menerusi set kepala Nreal. Dengan sokongan Samsung, tidak mengejutkan jika teknologi DoubleMe kelak akan disokong pada set kepala baharu Samsung VR yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Komen