Carian
Samsung Memfailkan Tanda Dagang Samsung VR Untuk Set Kepala Baharu
April 22, 2022 Effi Saharudin

Sudah kedengaran ura-ura sebelum ini Samsung akan kembali ke arena peranti realiti maya bagi memberikan persaingan kepada Apple. Sebagai antara pelopor set kepala realiti maya dengan kerjasama Oculus, Samsung bertanggungjawab mempopularkan penggunaannya sejak lima tahun lalu. Kini tanda dagang untuk Samsung VR dan Samsung 360 telah difailkan oleh Samsung di laman WIPO memberikan petanda peranti baharu mungkin akan dilancarkan kelak.

Kedua-dua tanda dagang ini ditemukan oleh laman LetsGoDigital. Pengguna jenama Gear VR tidak lagi diteruskan kali ini tetapi dengan tanda dagang sudah difailkan, pelancarannya mungkin berlaku seawal tahun ini. Tidak diketahui apakah rekaan yang bakal digunakan kerana masih belum tertiris ke arena web. Juga tidak diketahui lagi sama ada ia peranti kendiri seperti Meta Quest ataupun masih memerlukan peranti Galaxy untuk berfungsi.

Ura-ura sebelum ini mengatakan Samsung turut akan membangunkan set kepala realiti terimbuh (AR) dengan kombinasi teknologi hologram serta sistem operasi Android. Sebelum set kepala AR mereka HMD Odyssey+ dilancarkan tetapi dalam jumlah yang terhad sahaja.

Komen