Cari @ Amanz

Siri Vivo X80 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Mei

Link Copied!

Siri Vivo X80 baru sahaja dilancarkan di China dengan beberapa variasi model seperti Vivo X80 dan Vivo X80 Pro. Terkini, tiba giliran pasaran Malaysia pula untuk menerima penawarannya tidak lama lagi. Melihat perkongsian Vivo Malaysia, acara pelancaran untuknya telah dijadualkan berlangsung pada 8 Mei 2022 bermula jam 3 petang.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada variasi yang bakal diumumkan ini adalah sama seperti model di China atau sebaliknya. Namun begitu, ia masih meneruskan tradisi siri berkenaan yang memfokuskan terhadap kebolehan kamera cukup baik menerusi kerjasama dengan Zeiss. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasminya kelak.


Komen ()