Donald Trump Tidak Akan Kembali Ke Twitter Selepas Dibeli Elon Musk

Diterbitkan pada Apr 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam bidaan Elon Musk untuk membeli Twitter telah diterima dan era baharu media sosial ini akan bermula. Antara sebab utama Elon membeli Twitter adalah kerana ingin memberikan kebebasan suara. Kini ramai berpendapat Elon akan memaksa Twitter untuk mengembalikan semula akaun yang telah digantung seperti yang dimiliki Donald Trump.

Tetapi sekiranya ini berlaku sekalipun, Donald Trump berkata beliau tidak akan kembali ke Twitter. Sebaliknya beliau akan terus menggunakan platform milik peribadi Truth Social yang dilancarkan awal tahun ini. Selepas pelancaran, Truth masih mempunyai pelbagai isu seperti pengguna perlu menanti untuk akaun diluluskan serta perkhidmatan yang kerap terganggu. Walaupun Truth adalah milik beliau, Trump sendiri tidak begitu aktif jika dibandingkan dengan aktiviti penggunaan Twitter beliau.

komen


© Amanz / 2022 Kami