Carian
DJI Menggantung Jualan Dron Di Rusia Dan Ukraine Bagi Menghalang Penggunaan Di Medan Perang
April 27, 2022 Effi Saharudin

DJI telah menggantung jualan dron mereka di Rusia dan Ukraine bagi mengelakkan ia digunakan di medan perang dalam konflik yang sedang berlaku sekarang. Ini menjadikan DJI syarikat pertama dari China yang menghentikan jualan di Rusia sejak konflik bermula.

Sebelum ini DJI terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi yang menolak dakwaan dron mereka digunakan di medan perang sehingga produk mereka ditarik dari Jerman. Penarikan secara rasmi jualan dron mereka di Rusia dan Ukraine adalah langkah paling terang dari DJI untuk mengelakkan dron mereka digunakan bagi tujuan peperangan.

Komen