Republik Afrika Tengah Menjadi Negara Kedua Menerima Bitcoin Sebagai Mata Wang Rasmi

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Republik Afrika Tengah menjadi negara kedua di dunia menerima Bitcoin sebagai mata wang rasmi mengikut langkah El Salvador yang menjadi negara pertama tahun lalu. Menteri Kewangan Republik Afrika Tengah berkata terdapat naratif bahawa negara Afrika Sub-Sahara sentiasa ke belakang dalam mengadaptasi teknologi baharu tetapi dengan penggunaan Bitcoin negara mereka setapak di hadapan negara lain.

Republik Afrika Tengah adalah antara negara paling miskin dunia dengan ia tidak mempunyai banyak sumber semula jadi. Penggunaan Bitcoin diharap dapat meningkatkan tahap ekonomi negara yang mempunyai pendapatan per kapita hanya RM145 sebulan. Eksperimen El Salvador menggunakan Bitcoin menunjukkan petanda positif pada awalnya tetapi kini rakyat dilihat lebih memilih melakukan transaksi secara tunai. Dengan pasaran kripto sendiri sukar untuk diramal, penggunaannya sebagai pengganti mata wang fiat masih belum dapat dibuktikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami