Cari @ Amanz

Rekaan Samsung Galaxy A04s Tertiris Dengan Penggunaan Tri-Kamera

Link Copied!

Samsung Galaxy A03s telah dilancarkan dengan spesifikasi kelas permulaan dengan janaan cip MediaTek Helio P35. Bagi anda yang menantikan model kemas kini untuknya, ia kini telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular. Dikenali sebagai Samsung Galaxy A04s, ia hadir dengan reka bentuk yang diberi nafas baharu, di samping panel hadapan sejenis bertakuk kecil.

Peranti dikhabarkan hadir dengan skrin sebesar 6.5-inci yang menyokong resolusi HD+. Bersama-sama denganya, ia turut mempunyai saiz bezel yang nipis pada ketiga-tiga sisi bersama dagu yang tebal. Perbezaan ketara boleh dilihat pada susun-atur kamera utama yang kini mempunyai bonggol kamera berbeza untuk setiap satu lensa. Ia tidak seperti pendahulunya yang diletakkan di dalam modul kamera besar berbentuk segi empat.

Sisi kanan memperlihatkan adanya butang kuasa yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Di samping, butang laras suara yang diletakkan di atasnya. Lain-lain spesifikasi yang menyokong seperti port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara yang boleh ditemui pada bahagian bawah. Buat masa ini,belum ada sebarang butiran mengenai tarikh pelancaran rasminya.


Komen ()