Rekaan Bandar Terapung Lestari Kalis Perubahan Iklim Oceanix City Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu PBB mengumumkan pelan untuk membina sebuah prototaip bandaraya terapung yang tidak akan terjejas akibat kenaikan paras laut disebabkan oleh perubahan iklim. Kini rekaan lengkap Oceanix City telah diperlihatkan dengan ia akan dibina di bandaraya Busan, Korea Selatan.

Rekaan yang lebih terperinci diperlihatkan untuk bandar terapung yang bakal menempatkan lebih 100,000 penduduk dengan keluasan 15.5 ekar. Fasa pertama akan terdiri daripada beberapa platform terapung yang menempatkan sehingga 12,000 penduduk di Pelabuhan Utara Busan.

OCEANIX/BIG-Bjarke Ingels Group.

Setiap pulau terapung mempunyai rekaan modular supaya ia boleh menempatkan tempat tinggal, sekolah, kawasan perniagaan, pusat membeli belah, taman awam dan sebagainya. Oceanix City juga akan menjadi sebuah bandar mesra alam yang menjana sendiri elektrik secara lestari, mengitar semula bahan buangan, memproses semula penggunaan air bagi mencapai tahap karbon sifar bersih.

OCEANIX/BIG-Bjarke Ingels Group.

Selain membina bandar pertama di Busan, terdapat perancangan untuk membina bandar lestari mesra alam yang sama di benua Afrika, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan Eropah Utara. Pembinaan Oceanix City menerima kepakaran firma senibina Bjarke Ingels Group (BIG) dan Samoo Architects & Engineers milik Samsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami