Cari @ Amanz

iPhone 14 tahun ini dipercayai akan menggunakan dua rekaan berbeza. Model iPhone biasa akan hadir dengan rekaan takuk biasa yang sudah digunakan sejak iPhone X. Sementara itu dua model iPhone 14 Pro pula akan menggunakan dwi-lubang kamera. Ura-ura mengenai rekaan ini semakin hangat selepas gambar sebenar panel skrin tertiris ke arena web.

Dapat dilihat panel mempunyai satu lubang berbentuk bulat untuk kamera swafoto dan lubang berbentuk bujur untuk sistem Face ID. Turut disahkan ialah panel untuk iPhone 14 Max yang sebesar 6.7″ kerana Apple dipercayai menghentikan pengeluaran model Mini bagi memenuhi kemahuan pengguna yang ingin iPhone model tidak Pro dengan skrin yang lebih besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd