Pada bulan Januari lepas, Apple telah mengumumkan perkhidmatan langganan mereka mempunyai sekitar 785 juta pelanggan. Kini, selang tiga bulan, Apple telah menambah 40 juta lagi pelanggan baharu, menjadikan mereka mempunyai sejumlah 825 juta pelanggan untuk perkhidmatan.
Untuk makluman, Apple mempunyai beberapa perkhidmatan dibawah mereka, termasuk iCloud, Apple Music, Apple TV+, Fitness+ dan juga Apple Arcade.

Apple juga turut menyediakan berkas langganan yang mengabungkan kesemua perkhidmatan dibawah satu langganan berbayar, iaitu Apple One.
Di Malaysia, perkhidmatan Apple One ini boleh dilanggan pada harga bermula RM19.90 sebulan.