Cari @ Amanz

Pada tahun 2016, Gatebox dilancarkan di Jepun bagi membolehkan golongan otaku berinteraksi dengan wata maya. Hatsune Miku ialah antara watak maya yang ditawarkan dengan pengguna menggunakan arahan suara untuk berinteraksi seperti manusia sebenar. Tetapi Akihiko Kondo, seorang lelaki Jepun maju setapak lagi apabila mengahwini teman wanita maya beliau empat tahun yang lalu.

(Mainichi/Toshiki Miyazaki)

Tetapi “perkahwinan” ini tercabar kerana beliau tidak lagi dapat berinteraksi dengan isteri beliau berikutan pembangun Gatebox menghentikan sokongan kepada peranti tersebut semasa pandemik. Walaupun interaksi harian secara maya dengan Hatsune Miku tidak lagi boleh dilakukan, Akihiko berkata beliau masih lagi gembira dan akan kekal setia kepada isteri maya beliau sehingga ke akhir hayat.

Di Jepun hubungan antara manusia dengan watak fiksyen bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ramai yang membesar dengan menonton siri animasi mempunyai tarikan yang lebih kepadanya berbanding manusia sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd