Snap Tidak Mempunyai Perancangan Untuk Membina Platform Multimesta

Diterbitkan pada Apr 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook sanggup menukar nama syarikat ke Meta semata-mata untuk menunjukkan komitmen mereka kepada pembangunan platform metamesta sendiri. Berbilion telah dibelanjakan bagi merealisasikan impian Mark Zuckerberg. Platform media sosial lain masih belum berkongsi sama ada mereka akan menawarkan ciri yang sama.

Tetapi dalam temubual dengan Daily Mail ketika acara Snap Partner Summit semalam, CTO Snap Bobby Murphy berkata syarikat tiada perancangan untuk membina platform metamesta mereka sendiri.

Sebaliknya syarikat akan menumpukan perhatian kepada dunia realiti terimbuh (AR). Di acara yang sama pengasas Snap Even Spiegel berkata idea metamesta itu sendiri masih tidak jelas dan hipotetikal. Dengan lebih 300 juta pengguna aktif harian di Snap, Spiegel berkata ratusan juta pengguna platform berinteraksi dengan dunia AR. Ini adalah dalam bentuk Snapchat Lens yang mata popular sehingga ia ditiru platform lain.

Tahun lalu Snap Spectacles 4 dilancarkan dengan kemampuan AR menggabungkan dunia maya dengan dunia realiti maya. Snap kini sedang membangunkan Spectacles baharu yang dipertingkatkan keupayaannya.

komen


© Amanz / 2022 Kami