Poco M4 5G Dilancarkan Dengan Dimensity 700 Dam Kalis Air IP52

Diterbitkan pada Apr 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco M4 Pro 5G dilancarkan tahun lalu dan Poco M4 Pro 4G pula bulan Februari yang lalu. Tetapi minggu ini Poco M4 5G pula dilancarkan sebagai varian ketiga dengan rekaan baharu. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.58″ LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Dimensity 700, memori sehingga 6GB, storan sehingga 128GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Kamera utama terdiri daripada sensor 50MP sudut lebar dan 2MP kedalaman sementara kamera swafoto pula adalah 8MP. Peranti ini mempunyai kemampuan kalis air IP52 dan juga pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Terdapat juga bicu audio 3.5mm.

Berdasarkan spesifikasi, M4 5G hanyalah sebuah Redmi 10 5G yang telah dijenamakan semula. Di India peranti ditawarkan pada harga bermula INR12,999 (~RM740) dalam warna kuning, biru dan hitam.

komen


© Amanz / 2022 Kami