Meta Sedang Membangun Project Cambria – Set Kepala AR Yang Menggantikan Komputer Riba

Diterbitkan pada Apr 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dunia metamesta Horizon Worlds boleh diselami menggunakan set kepala VR Meta Quest 2. Ia turut boleh digunakan sebagai pejabat maya Horizon Workrooms yang dilancarkan tahun lalu. Tetapi ketika mengumumkan laporan kewangan syarikat semalam, Mark Zuckerberg mengumumkan Meta sedang membangunkan set kepala realiti terimbuh (AR) bagi kegunaan profesional.

Set kepala dengan nama kod Project Cambria ini akan menyelesaikan isu bateri set kepala yang tidak bertahan lama dan memerlukan sambungan ke PC untuk kualiti grafik lebih tinggi. Dengan Project Cambria Zuckerberg berkata sebuah set kepala yang boleh menggantikan komputer riba atau desktop akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Teknologi penjejakan mata dan wajah akan disokong supaya interaksi dengan avatar dalam dunia maya akan lebih mirip dengan pertemuan di dunia sebenar.

Antara perkara lain yang mampu dilakukan ialah menggabungkan dunia realiti dengan realiti maya dengan paparan tembus berwarna sepenuhnya dan panggilan video lebih imersif. Set kepala Meta Quest sebelum ini kesemuanya memberikan penekanan kepada permainan video serta harga jualan yang mampu milik. Project Cambria akan menjadi set kepala profesional pertama yang mungkin dijual pada harga lebih tinggi.

[Sumber] Sumber – Mark Zuckerberg [/sumber]

komen


© Amanz / 2022 Kami