Cari @ Amanz

Siri ZTE Axon 40 akan dilancarkan pada 9 Mei hadapan dan kini imej pengolokan rasmi peranti akhirnya tertiris ke arena web selepas ia muncul di sebuah laman edagang di China. Peranti mempunyai tubuh berkotak mirip Galaxy S22 Ultra dan Vivo X Note. Skrin tidak mempunyai sebarang takuk atau lubang kerana kamera diletakkan di bawah skrin.

Peranti masih menggunakan skrin melengkung sehingga ke sisi. Di belakang pula sistem tri-kamera dapat dilihat dengan ia diletakkan dalam bonggol yang bersaiz sederhana. Antara ura-ura yang didengari mengenai peranti ialah ia dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB, kamera utama 64MP dan bateri 5000 mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd