Infinix Hot 12 Play telah dilancarkan secara rasminya di Thailand. Ia membawakan rekaan yang sama seumpama sebuah Infinix Hot 12, tetapi menawarkan sejumlah perkakasan dalaman yang berbeza. Antaranya seperti cip pemprosesan, kapasiti bateri dan tetapan kamera utama yang berlainan.

Untuk lebih khusus, Infinix Hot 12 Play dilengkapi skrin sebesar 6.82-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya menggunakan cip MediaTek Helio G35 bersama memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sebagai tambahan, ia turut menawarkan RAM secara maya yang boleh dikembangkan sehingga 7GB, selain sokongan ruang tambahan menerusi kad microSD.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 13MP (f/1.8) + lensa AI. Sementara itu, kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP. Turut melengkapinya adalah bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 18W dan menjalankan antara muka XOS 11.6 berasaskan Androi 11. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan sebagainya.
Untuk harga, Infinix Hot 12 Play dijual pada TBH3999 (~RM508) dengan beberapa pilihan warna seperti Racing Black, Legend White, Origin Blue dan Lucky Green.