Kabel Thunderbolt 4 Pro Sepanjang 3 Meter Daripada Apple Boleh Dibeli Pada Harga RM799

Diterbitkan pada Mei 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada bulan Mac lepas telah mula menawarkan kabel Thunderbolt 4 Pro sepanjang 1.8-meter pada harga RM649. Kini, Apple turut telah menawarkan satu lagi variasi kabel mereka, iaitu sepanjang 3 meter, pada harga RM799 setiap satu.

Melalui penyenaraian di laman web rasmi Apple, ia memperlihatkan penghantaran sekitar 13 Mei sekiranya membuat tempahan pada hari ini.

Kabel sepanjang 3 meter ini hadir dengan sokongan pemindahan data sepantas 40Gb/s, selain boleh digunakan untuk pengecasan sehingga 100W. Anda turut boleh menggunakan kabel ini untuk menghubungkan Mac ke Studio Display, Pro Display XDR dan pelbagai perkakasan lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kabel ini pada hargaa RM799 hari ini melalui laman rasmi Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami