Astro Fibre Kini Tawar Pakej Jalur-Lebar Sahaja – RM99 Untuk 50Mbps, Sehingga RM249 Untuk 800Mbps

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah memperkenalkan pakej jalur-lebar bersama pilihan saluran televisyen sebelum ini, kini Astro Fibre turut menyediakan penawaran pakej jalur-lebar sahaja – sesuai untuk mereka yang tidak inginkan pilihan kandungan saluran televisyen.

Melalui pakej yang ditawarkan, Astro Fibre menyediakan pakej bermula 50Mbps, 100Mbps, 500Mbps dan juga 800Mbps.

Masing-masing ditawarkan pada harga RM99 sebulan, RM129 sebulan, RM189 sebulan, dan RM249 sebulan.

  • Astro Fibre 50MbpsRM99 sebulan
  • Astro Fibre 100MbpsRM129 sebulan
  • Astro Fibre 500MbpsRM189 sebulan
  • Astro Fibre 800MbpsRM249 sebulan

Semuanya juga turut hadir dengan penghala WiFi6, sementara bermula pakej 100Mbps, Astro turut menawarkan Mesh WiFi.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Astro Fibre hari ini melalui laman rasmi Astro Fibre.

komen


© Amanz / 2022 Kami