Google Mungkin Akan Melancarkan TWS Baharu, Pixel Buds Pro Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google masih lagi sedang membangunkan Android 13. Ia sekarang sudah pun melalui banyak ujian Beta dan dijangka versi stabil akan tiba untuk peranti Pixel seawal bulan Mei ini. Dalam Android 13 ini, Google turut banyak menambah ciri dan fungsi yang memfokuskan audio.

Dalam Android sekarang, sistem operasi ini telah pun menyokong sambungan BLE iaitu Bluetooth Low Energy untuk sambungan dengan penggunaan kuasa rendah agar peranti dan aksesori audio sentiasa bersambung dan bateri tidak mudah habis. Dalam Android 13, ciri seperti audio spatial dan penjejakan kepala turut disertakan.

Menurut peniris terkenal Jon Prosser, Google akan datang turut akan melancarkan TWS baharu mereka dalam siri Pixel Buds. Versi terbaru ini dikatakan adalah Pixel Buds Pro dan akan hadir dengan pilihan warna Real Red, Carbon, Limoncello dan Fog. TWS versi Pro ini dikatakan akan menyertakan ciri audio yang saya sebut tadi.

Google akan mengadakan acara Google I/O 2022 pada 11 Mei nanti. Dalam acara ini, Pixel Watch dan Pixel 6A dijangka akan diperkenalkan. Pixel Buds Pro mungkin akan diacah dan dilancarkan bersama Pixel 7, atau ia hanya akan didedahkan dalam acara akan datang sahaja.

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami