Cari @ Amanz

Penerima jantung khinzir sebagai ganti kepada organ manusia David Bennett meninggal dunia Mac lalu dua bulan selepas menjalani prosedur bersejarah tersebut. Sebab kematian beliau tidak diumumkan pada waktu tersebut tetapi laporan terkini dari MIT Technology Review mendakwa ia adalah disebabkan organ yang diterima dijangkiti virus khinzir yang boleh membawa maut.

Virus porcine cytomegalovirus menyebabkan organ khinzir gagal pada babun yang menjalani prosedur yang sama. Secara purata organ yang diterima babun mampu bertahan selama 6 bulan jika ia bebas dari virus porcine cytomegalovirus. Ia akan mengalami kegagalan lebih awal jika dijangkiti virus. Ketiadaan sistem pertahanan badan khinzir pada tubuh penerima organ untuk menentang virus adalah antara sebab ini berlaku.

Berdasarkan apa yang berlaku kepada babun, MIT Technology Review percaya perkara yang sama berlaku kepada David Bennett. Oleh itu saringan ke atas organ khinzir perlu dilakukan bagi memastikan prosedur yang sama dilakukan lebih selamat di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd