Bill Gates : Elon Musk Mungkin Menjadikan Twitter Lebih Teruk

Diterbitkan pada Mei 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk telah sedia menyatakan hasrat untuk mengambil-alih Twitter, dan perkara berkenaan telah pun dipersetujui oleh ahli lembaga Twitter. Selari dengannya juga, kini hadir laporan mengatakan Elon Musk mungkin menjadi CEO untuk Twitter buat sementara sebelum calon sebenar mengambil-alih tugas berkenaan.

Baru-baru ini juga, Bill Gates telah ditemuramah, dan telah diminta memberikan komen berkaitan pengambil-aliihan oleh Elon Musk.

Bill Gates mengatakan beliau kurang memahami apakah masa hadapan Twitter dibawah Elon Musk, dan terdapat kemungkinan Twitter menjadi lebih teruk dibawah Elon Musk.

Bill Gates turut menekankan Elon Musk sedia berjaya dengan Tesla dan juga SpaceX.

Ia masih menjadi tanda tanya bagaimana kebebasan perkongsian di Twitter dibawah Elon Musk kelak – dan adakah pelbagai maklumat tidak tepat akan dibiarkan sahaja dibawah label kebebasan, atau akan menapis berita palsu dan sebagainya.

Bercakap lanjut, Bill Gates mengatakan beliau akan bersuara sekiranya Twitter menjadi semakin teruk dibawah pentadbiran Elon Musk kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami