Honor Magic4 dan Magic4 Pro diperlihatkan di MWC pada Februari yang lalu dengan ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 serta sistem penta kamera yang cukup berkuasa. Dengan kita kini dibulan Mei, Honor sudah bersedia untuk melancarkan peranti ini di peringkat global pada sebuah acara yang akan berlangsung pada 12 Mei.

Kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia sudahpun disahkan oleh Honor beberapa bulan yang lalu. Dengan sistem penta kamera dan saiz sensor yang besar menjadikannya antara peranti dengan kemampuan fotografi yang dinantikan.