Oppo Reno8 Lite Tertiris – Dijana Snapdragon 695 Dan Kamera 64MP

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sedang sibuk memfokuskan peranti terbaru mereka iaitu siri Oppo Reno7. Walaupun baru sahaja beberapa bulan peranti ini dilancarkan di Malaysia, Oppo di China telah pun sibuk dalam membangunkan siri Oppo Reno8 pula.

Sebelum ini kita ada lihat yang Oppo Reno8 mungkin akan menggunakan rekaan mirip OnePlus 10 Pro. Terkini, imej pengolokan untuk ‘adik’ kepada peranti ini iaitu Oppo Reno8 Lite tertirtis. Ia nampak lebih kurang sama dengan Oppo Reno7.

Skrin dikatakan akan menggunakan panel 6.43-inci AMOLED FHD+, dijana Snapdragon 695, bateri 4500mAh, pengecasan pantas 3W dan menjalankan ColorOS berasaskan Android 11. Kamera adalah tri-kamera daripada sensor 64+2+2 Megapixel dan 16 Megapixel untuk swafoto.

Buat masa ini masih tiada informasi jelas mengenai pelancaran peranti ini. Adakah ia akan dilancarkan dalam masa terdekat? Adakah ia hanya terhad di China? Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami