Oppo Reno8 Mungkin Peranti Pertama Dengan Cip Snapdragon 7 Gen 1

Diterbitkan pada Apr 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Reno adalah peranti kelas pertengahan premium yang memfokuskan kamera hebat, rekaan bergaya dan untuk penggunaan gaya hidup anak muda. Peranti mereka yang sedang hangat sekarang adalah yang terkini iaitu siri Reno7 dengan Reno7, Reno7 Pro dan Reno7 Z.

Walaupun masih baru lagi, tetapi Oppo dilihat telah bersedia dengan pengganti mereka iaitu untuk siri Reno8 pula. Sebelum ini telah tertiris, yang peranti ini mungkin akan menggunakan rekaan daripada OnePlus 10 Pro – menimbulkan tanda tanya adakah ini OnePlus 10 yang tidak dilancarkan?

Menurut Digital Chat Station, Oppo Reno8 mungkin akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1. Oppo juga mungkin akan menawarkan variasi yang lebih premium melalui cip MediaTek Dimensity yang dipadankan dengan MariSilicon X.

Snapdragon 7 Gen 1 adalah pengganti untuk cip siri 7xx. Ia dikhabarkan akan mempunyai CPU yang sama dengan Snapdragon 8 Gen 1, menjadikan cip ini cukup berkuasa untuk pelbagai tugasan dan sesuai dalam pelbagai penggunaan.

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami