OnePlus Mendedahkan OnePlus Nord 2T Di AliExpress – Harga Bermula Hampir RM3000

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord 2T adalah peranti kelas pertengahan premium baharu daripada OnePlus. Ia merupakan versi kemaskini kepada OnePlus Nord 2 yang tiba pada tahun lepas. Peranti ini dikatakan mungkin akan hadir dengan kemasan Sandstone seperti OnePlus One dan OnePlus 10 Pro.

Peranti ini akan menggunakan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ 90Hz, hadir dengan bezel nipis dan dijana dengan cip MediaTek baharu Dimensity 1300 dan memori daripada 6GB RAM sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB.

Nord 2T akan menggunakan sistem tri-kamera daripada sensor mempunyai sensor 50MP+8MP+2MP, di mana yang besar berbentuk bulat di atas dan di bawah untuk dua lagi sensor – semuanya dalam modul kamera segi empat. Kamera swafoto pula dikatakan adalah 32MP. Bateri peranti pula mungkin menggunakan kapasiti bersaiz 4500mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 80W sama seperti OnePlus 10 Pro.

Digital Chat Station di Weibo baru-baru ini telah mendedahkan imej pengolokan rasmi peranti ini. Ia mirip dengan apa yang pernah kita lihat sebelum ini serta selari dengan siri Nord yang telah dilancarkan sebelum ini. Walaupun nampak rekaan biasa, tetapi pada kamera nampak sedikit kelainan.

Peranti ini belum dilancarkan secara rasmi lagi, namun kedai atas talian OnePlus rasmi di AliExpress Perancis telah menyenaraikan kewujudan peranti ini. Spesifikasi nampaknya semuanya sama dengan apa yang tertiris. Harga jualan di AliExpress adalah RM2,966.90 untuk 8/128 GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami