Binance Turut Membantu Elon Musk Dengan Melabur Pada Twitter

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk telah mengatakan berjaya mengumpulkan sedikit dana untuk membantu beliau mengambil-alih Twitter daripada beberapa pihak. Kini, ia dikenal pasti yang mana salah satunya adalah Binance.

Binance merupakan salah satu penyedia bursa dagangan kriptowang terbesar dunia. Ia dikatakan Binance ingin melabur sekitar $500 juta pada Twitter.

Apa pun, CEO Binance mengatakan mereka masih tiada sebarang perancangan berkaitan pelan perniagaan untuk Twitter.

Twitter sedia menjadi salah satu sumber utama untuk perbincangan berkaitan Web3 dan juga web terpencar. Dengan melabur pada Twitter, Binance terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena Web3 dan juga laman sosial terkemuka berkenaan.

Selain Binance, pengasas Oracle turut menyertai pengumpulan dana ini, disamping putera Arab Saudi.

Setakat ini, Elon Musk telah mengumpulkan sebanyak $7.14 bilion daripada keseluruhan nilai pembelian $44 bilion.

komen


© Amanz / 2022 Kami