Carian
Sony XM5 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan
May 6, 2022 Aman

Sony kini telah mengacah acara pelancaran pada minggu hadapan, dimana mereka dijangka memperkenalkan fon kepala Sony WH-1000XM5.

Melalui gambar acah yang diperlihatkan oleh Sony UK, ia memperlihatkan rekaan seumpama fon kepala ikonik Sony. Dengan pelbagai ketirisan akhir-akhir ini, ia dijangka akan diperkenalkan secara rasminya pada minggu hadapan, 12 Mei 2022.

Mengikut info awal, ia dijangka hadir dengan sokongan Bluetooth 5.2, disamping ketahanan bateri selama 30 ke 40 jam laamanya.

Disamping produk audio, Sony juga dijangka akan memperkenalkan Xperia 1 IV secara rasminya minggu hadapan.

Komen