Honor Akan Perkenal “MagicOS for Windows” – Antaramuka Khas Di Atas Sistem Operasi Windows

Diterbitkan pada Mei 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor pada hari ini sedia menawarkan antaramuka dinamakan MagicUI pada telefon Android mereka – sekaligus memberikan pengalaman dan ciri-ciri tambahan tersendiri. Kini, selain untuk telefon pintar, Honor juga dilihat bakal memperkenalkan antaramuka khusus untuk komputer riba Windows keluaran mereka.

Dinamakan Magic OS for Windows, ia akan menawarkan antaramuka khusus yang direkabentuk di atas sistem operasi Windows.

Dengan langkah ini, ia dijangka memberikan pengalaman selari untuk para pengguna Honor – dari telefon pintar ke komputer riba. Pihak Honor telah mula mengacahnya, dan dijangka memperkenalkan ia secara rasmi tidak lama lagi.

Selain Honor, sebelum ini Samsung turut telah melakukan perkara sama. Mungkinkah kita melihat lebih banyak pengeluar melakukan perkara sama pada penawaran komputer riba Windows selepas ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami