Kelak pelanggan penstriman awanan Xbox Cloud Gaming akan dapat menggunakan perkhidmatan ini menerusi dongel khusus untuk TV dan monitor. Menurut laporan Venture Beat, dongel ini akan dilancarkan dalam masa 12 bulan akan datang.

Dongel akan dipasang terus pada port HDMI TV atau monitor. Kemudiannya pelanggan boleh menstrim terus permainan yang ditawarkan secara awanan menerusinya. Ini adalah mirip dengan yang ditawarkan Google Stadia sebelum ini. Antara sebab mengapa dongel ditawarkan adalah kerana Microsoft mengalami isu kekurangan bekalan untuk menawarkan konsol mereka kepada pelanggan. Dongel akan menyelesaikan sebahagian isu ini.
Sebelum ini Microsoft mengesahkan mereka akan menawarkan aplikasi penstriman Xbox Cloud Gaming untuk televisyen pintar. Dongel ini menyasarkan pengguna yang mungkin ingin menikmati perkhidmatan pada televisyen dungu atau monitor komputer di rumah.