Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lalu, terdapat desas-desus mengenai kewujudan Xiaomi 12S Pro. Ketika itu, ia dikhabarkan mungkin dijana dengan Snapdragon 8 Gen1 Plus yang dibina oleh TSMC. Pada masa sama, tiada sebarang spesifikasi mengenai peranti yang ditemui.

Terbaharu, maklumat mengenai peranti pintar ini muncul sekali dalam perkongsian yang berbeza. Katanya, ia mungkin menggunakan cip MediaTek Dimensity 9000 pula. Ini cip pemprosesan berkuasa tinggi MediaTek setakat ini. Ia turut dikhabarkan mampu menyaingi penawaran pengeluar lain termasuk Snapdragon keluaran Qualcomm.

Bercakap lebih lanjut mengenai peranti, ia ditemui menerusi data IMEI dengan kod nombor 2207122MC. Terdapat juga kebarangkalian Xiaomi 12S Pro ini akan ditawarkan dalam dua variasi yang berbeza. Sekali lagi, masih belum diketahui bilakah ia bakal dilancarkan. Tetapi dengan ketirisan ini, kita mungkin akan dapat melihat pengenalannya tidak lama lagi – sekurang-kurang sekitar minggu kedua bulan Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd