IQOO Neo6 SE Dilancarkan Dengan Snapdragon 870, Pengecasan Pantas 80W

Diterbitkan pada Mei 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IQOO Neo6 baru sahaja dilancarkan sekitar bulan lalu dengan spesdidikasi berkelas mercu. Melaluinya, ia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen1, di samping beberapa lagi penawaran menarik lain. Ia merangkumi skrin AMOLED 120Hz, bateri dengan pengecasan pantas 80W dan sebagainya.

Terbaharu, IQOO Neo6 SE pula dilancarkan sebagai model tambahan buat siri berkenaan. Seperti pendahulunya, ia juga sebuah peranti dengan rangkaian 5G terbina. Namun begitu, perkakasan dalaman adalah berspesifikasi kelas pertengahan menerusi Snapdragon 870.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, skrin yang digunakan pula sebesar 6.62-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain daripada itu, ia turut dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Sistem tri-kamera utama terdiri dengan 64MP +8MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan OriginOS berasaskan Android 12, port sambungan USB-C dan sebagainya. Untuk harga, ia dijual bermula RMB1999 (~RM1,305) untuk seunit.

komen


© Amanz / 2022 Kami