Kesatuan Eropah (EU) ingin menguatkuasakan Digital Markets Act (DMA) bagi mengharamkan amalan tertentu yang digunakan oleh platform besar bagi mengekalkan pengguna dalam ekosistem mereka. Margrethe Vestager, timbalan eksekutif EU mengumumkan DMA akan mula berkuatkuasa pada musim bunga tahun 2023. Lewat dari sasaran asal Oktober tahun ini.
Menerusi DMA, EU akan memastikan sokongan penghantaran rentas platform pada aplikasi pemesejan popular syarikat teknologi utama seperti Google, Meta, Apple, dan Microsoft. Definisi syarikat teknologi utama adalah yang mempunyai sekurang-kurangnya 45 juta pengguna bulanan dan modal pasaran melebihi €75 bilion.
DMA akan turut memastikan syarikat teknologi utama tidak berkongsi data pengguna antara aplikasi yang dimiliki contohnya antara Facebook dan WhatsApp. Tidak mengutamakan produk sendiri apabila carian dilakukan. Menghentikan amalan memastikan berkas aplikasi sendiri terpasang pada peranti yang dipasarkan. Ini adalah bagi memastikan syarikat baharu di masa hadapan mempunyai peluang untuk bersaing secara adil dengan syarikat teknologi utama yang telahpun mendominasi pasaran.