Infinix Smart 6 merupakan peranti berspesifikasi asas yang memfokuskan terhadap penggunaan asas pembelajaran. Ia telah diperkenalkan di Malaysia sekitar April lalu pada RM369 dengan memori 3GB/32GB.

Dalam perkembangan terkini, model dengan variasi storan dalaman lebih besar telah mula ditawarkan. Berbeza dengan yang sebelumnya, ia kini dilengkapi storan dalaman 64GB dan boleh dibeli pada RM439. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya di Shopee dan Lazada bermula hari ini.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Smart 6 hadir dengan skrin sebesar 6.6-inci IPS TFT beresolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan janaan cip janaan cip Unisoc SC9863A, dwi-kamera dengan sensor utama 8MP, pengimbas cap jari fizikal, bateri 5000mAh dan menjalankan Android 11 (Go Edition).