Cari @ Amanz

Rekaan Soundbar Sonos Ray Yang Bersaiz Kompak Tertiris

Link Copied!

Antara soundbar kegemaran kami tahun lalu ialah Sonos Beam (Gen 2) yang walaupun bersaiz kecil mampu menawarkan pengalaman audio lebih bermaya berbanding soundbar dengan saiz lebih besar. Kini Sonos akan melancarkan pula sebuah soundbar baharu yang lebih kompak serta pada harga lebih mampu milik.

Rekaan dan imej pengolokan rasmi Sonos Ray ditiriskan ke arena web oleh SnoopyTech menunjukkan ia seakan Beam tetapi kini diletakkan secara mengiring. Lubang kekisi audio terletak di bahagian hadapan dengan tiga butang kawalan sesentuh diletakkan di bahagian atas. Imej pengolokan mengesahkan Ray akan ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

Terdapat lubang skru di belakang untuk memasangnya ke dinding sekiranya perlu. Sambungan kepada peranti lain adalah secara optikal sahaja keran ia tidak dilengkapi sebarang port HDMI. Menurut laporan The Verge, Ray akan menyokong sistem Dolby Atmos. Harga jualan adalah sekitar $250 (~RM1100) yang lebih mampu milik berbanding Beam yang dijual pada harga RM2699 di Malaysia.

[Sumber] Sumber – @_snoopytech_ [/sumber]


Komen ()