Carian
Kereta BMW Baharu Tidak Menyokong Android Auto Dan Apple CarPlay Sementara Kerana Kekurangan Cip
May 10, 2022 Effi Saharudin

Kereta-kereta moden adalah seperti komputer bergerak kerana mempunyai pelbagai kemampuan seakan telefon pintar di tangan. Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay adalah antara ciri yang dicari sebelum pembelian dilakukan untuk integrasi yang lebih baik ketika memandu. Tetapi akibat kekurangan bekalan cip di peringkat global, BMW menggantung sokongan Android Auto dan Apple CarPlay untuk sementara pada kereta yang kini dijual.

Penggantungan dilakukan kerana mereka terpaksa menukar cip yang digunakan dan perisian tidak boleh memberikan sokongan pada dua ciri tersebut. BWM akan hanya menyokong kedua-dua ciri ini menerusi kemas kini OTA yang diberikan pada bulan Jun hadapan. Pada waktu ini tiada sokongan dilaporkan pengguna di A.S, UK, Perancis, Itali dan Sepanyol.

BWM sekurang-kurangnya memberitahu pengguna ciri ini tidak disokong secara sementara. Tesla pula meminta pelanggan kembali ke pusat servis kenderaan untuk memasang sistem pengecasan USB-C kerana kekurangan cip. Sementara itu di China pengeluar kereta Ora terpaksa menawarkan pengecasan dan jaminan alat ganti percuma selepas cip yang digunakan pada sistem infohibur tidak menggunakan cip Qualcomm seperti diiklankan.

  • Sumber – Automotive News
Komen