Cari @ Amanz

Televisyen boleh gulung telah mula dijual oleh LG Signature OLED R dua tahun lalu pada harga yang amat premium. Bagi mereka yang mementingkan ruang, televisyen skrin boleh gulung ini ialah aksesori yang pasti mendapat perhatian ramai. Totem ialah sebuah televisyen boleh gulung LG yang diubahsuai bagi membolehkan ia digunakan sebagai sebuah soundbar dalam kedudukan skrin disimpan.

Ia direka oleh firma rekaan Studio Booboon dan boleh digunakan pada kedudukan menegak ataupun mendatar. Dengan skrin yang boleh digulung, saiznya boleh diubah mengikut keperluan. Ketika mendengar muzik misalnya skrin boleh disimpan sepenuhnya. Untuk menonton video pula, skrin boleh digulung ke nisbah skrin seperti 4:3, 16:9, 18:9 dan 21:9.

Ketinggian skrin dan sudut ia ditetapkan boleh dipilih sendiri oleh pemilik dengan laras diletakkan pada bahagian belakang. Pada waktu ini Totem masih sekadar konsep tetapi ia adalah rekaan yang menarik untuk digunakan pada produk sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd