Google Menambah Keluarga Muka Taip Roboto Dengan Roboto Flex Yang Lebih Pelbagai

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pemilihan muka taip adalah penting bagi menyampaikan mesej. Amaran berbahaya tidak akan disampaikan dengan baik jika ia menggunakan Comic Sans. Bayangkan jika Apple menggunakan Papyrus pada laman web mereka. Sebagai pengeluar sistem operasi mudah alih di dunia, Google memperkenalkan muka taip Roboto lebih sedekad yang tahun lalu untuk meningkatkan keterangan teks yang dibaca pada skrin.. Kini mereka memperkenalkan pula muka taip Roboto Flex yang lebih pelbagai.

Terdapat 12 variasi muka taip dengan ketebalan dan gaya berbeza. Seperti muka taip Roboto sebelum ini, ia diberikan percuma kerana ia merupakan sebuah muka taip sumber terbuka. Roboto Flex direka oleh Font Bureau dengan tumpuan diberikan bagi memastikan ia boleh digunakan ratusan bahasa berasaskan abjad latin tanpa sebarang isu. Bagi yang ingin menggunakan Roboto Flex, sila muat turun menerusi pautan di bawah.

[

komen


© Amanz / 2022 Kami