Nothing Launcher Kini Boleh Digunakan Pada Semua Peranti Android 11

Diterbitkan pada Mei 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing OS adalah sistem operasi yang akan menjalankan telefon pintar pertama Nothing, iaitu Nothing Phone (1). Sistem operasi ini akan hadir dengan rekaan tema tersuai, nada dering berasaskan gajet vintaj, widget tersendiri, sekuriti ketat dan masih mengekalkan pengalaman penggunaan ringkas seakan Android asli.

Sementara menanti kehadiran peranti mereka ini, Nothing telah melancarkan pelancar untuk peranti Android. Ketika pelancaran ia dilihat terhad untuk Samsung Galxy S22/S21 dan Pixel terpilih sahaja. Pelancar mereka ketika itu juga adalah asas dan kosong.

Kemaskini terkini yang tiba baru-baru ini untuk pelancar ini adalah sokongan kepada semua peranti Android yang menjalankan Android 11. Ia tidak lagi terhad kepada peranti terpilh, tetapi terhad dengan sistem operasi sahaja.

Dalam kemaskini ini, walaupun keseluruhan masih kosong dan seakan tiada apa-apa – gambar latar Nothing kini mudah ditetapkan. Kemudian ikon aplikasi Nothing kini dipaparkan di talam aplikasi dan Nothing turut memberikan akses kepada nada dering yang mempunyai bunyi seakan tembakan.

Tiada yang unik atau menarik pada pelancar mereka ini, tetapi kami boleh bayangkan nanti Nothing OS pasti akan mempunyai penggunaan mudah dan ringkas. Bagi yang ingin cuba, terus muat turun pelancar ini di Play Store dan sama-sama kita nantikan lebih lanjut dari Nothing.

komen


© Amanz / 2022 Kami