Selamat Tinggal iPod – Apple Menamatkan iPod Touch

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan iPod Touch, sekaligus tidak lagi akan mengeluarkan produk baharu dibawah keluarga berkenaan. Ini bermakna, Apple hanya akan sekadar menawarkan iPod Touch sehingga stok sedia ada mereka habis dijual.

Dengan langkah ini juga, Apple dilihat menamatkan era iPod yang dulu amat popular sebagai pemain muzik mudah-alih yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana.

Namun, dari hari ke hari, pengguna telah beralih kepada iPhone, selain turut menggunakan Apple Watch bersama AirPods untuk mengakses muzik.

iPod Touch terakhir diperkenalkan adalah pada 2019 yang lepas, dimana ia hadir dijana cip A10 Fusion ketika itu. Siri iPod Touch telah diperkenalkan pertama kali pada 2007.

komen


© Amanz / 2022 Kami