Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar edisi khas bersempena permua Free Fire pada minggu hadapan.

Realme 9 Pro+ 5G edisi Free Fire ini hadir dengan spesifikasi sama seperti model asal, tetapi menawarkan perubahan pada kosmetik, selain penawaran beberapa bahan promosi tambahan pada kotak pembelian.

Dari segi spesifikasi, Realme 9 Pro+ hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920, kamera utama 50-megapixel, dengan memori 8GB RAM.

Buat masa ini, harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka diumumkan secara rasminya pada 18 Mei 2022 ini. Versi biasa Realme 9 Pro+ ditawarkan pada harga bermula RM1399 di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami