Sony hari ini memperkenalkan telefon pintar Xperia 1 IV dan juga Xperia 10 IV secara rasminya, yang hadir dengan fokus terhadap kamera, skrin dan juga audio.
Bersama-sama dengannya juga, Sony meneruskan kempen bungkusan bebas plastik, dan lebih mesra alam. Pada masa yang sama, Sony turut mengatakan kini mereka tidak lagi menyertakan kabel dan pengecas pada kotak pembelian kedua-dua siri Xperia terbaru ini.

Dengan langkah ini, kotak peranti Xperia dapat dikurangkan hampir 50% berbanding sebelum ini.
Seperti biasa, pengguna perlu membeli aksesori ini secara berasingan, ataupun menggunakan pengecas sedia ada dalam rumah dalam mengecas telefon pintar Xperia anda.