Cari @ Amanz

Sony Malaysia kini mengesahkan, mengatakan kedua-dua model telefon pintar yang baru diumumkan oleh Sony akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Menurut Sony, Xperia 1 IV akan boleh dipra-tempah bermula 11 Jun sehingga 10 Julai kelak.

Untuk model Xperia 10 IV pula, ia boleh dipra-tempah bermula 1 Julai sehingga 31 Julai kelak.

Ini sekaligus memperlihatkan kedua-dua model berkenaan akan hadir sekitar Julai atau Ogos 2022 untuk pasaran Malaysia.

Harga jualan kedua-dua model ini masih tidak dikongsikan lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd